10.4.08

Bahang Kian Terasa.

Bismillahirrahmanirrahim,bahang peperiksaan akhir fasa dua semakin dirasai oleh semua mahasiswa dunia.tentunya ramai mahasiswa yang sedang sibuk dengan pelbagai –bagai tugasan akhir mereka sebelum bermulanya peperiksaan.





Dalam masa dan keadaan beginilah mahasiswa selalunya berada dalam keadaan emosi yang amat sensitif pada sekeliling. Pada waktu inilah semua ujian dianggap beban yang amat membebankan. Bergantung pada individu untuk mengharunginya. Peperiksaan,dari mula mengenali alam persekolahan manusia tidak lari dari peperiksaan,hatta sekolah memandu pun ada peperiksaan juga.

Peperiksaan akhir untuk mahasiswa-mahasiswa di Malaysia bakal berlangsung dalamn dua minggu lagi. Mana mahasiswa-mahasiswa universiti Al-Azhar bakal merempuhi musim peperiksaan pada bulan mei dan jun ini. Semoga semua dapat menjawab dengan tenang.

Kepada Allah dipanjatkan doa agar ilmu yang ditimba di redhai. Restu ibu bapa dipinta agar kehidupan tenang sentiasa. Semoga keberkatan daripada tenaga pengajar dapat memberikan kekuatan semangat untuk pelajarnya. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang bersama-sama merempuhi kembara di dunia ini,semoga kita semua bahagia.

Berusahalah. Yakinkan diri anda untuk berjaya. Carilah ilmu untuk cinta kita kepada semua.