10.4.08

Pemintaan.

Crayon Shin-chan (クレヨンしんちゃん Kureyon Shinchan) merupakan salah satu daripada beribu-ribu komik bersiri animasi yang lahir di Jepun. Komik ini hasil cetusan Yoshito Usui.

Komik shin chan ini mula diterbitkan pada tahun 1990, ia mula di video animasi pada tahun 1992. Pertama kali di siarkan dalam TV Asahi pada 13 April 1992. Mulai dari situlah rancangan animasi Shin chan berkembang ke seluruh dunia.






Karakter dalam animasi Crayon Shin Chan.


Keluarga Nohara.

~Shinnosuke Nohara (野原しんのすけ Nohara Shinnosuke)

Watak utama, nama panggilan Shin Chan. Berumur 5 tahun. Makanan kegemaran biskut coklat "Chocobi". Meminati animasi penyelamat "Action Kamen". Tertarik pada wanita dewasa dan beranggapan kanak-kanak perempuan sebayanya tidak sesuai dengannya. Matanya akan bersinar ketika tertarik pada seseorang wanita. Dia mewarisi sikap miang ini daripada bapa dan atuknya, tetapi sikap tersebut dikawal ketat oleh ibunya. Wataknya yang terlalu jujur dan terlalu berterus terang mebuatkan dia mudah dikenali ramai.

~Misae Nohara (野原みさえ Nohara Misae)

Ibu dalam keluarga Nohara. Seorang suri rumah sepenuh masa. Menjaga bajet keluarga. Mengawal ketat sikap suami dan anak sulungnya. Suka membelai Himawari,anak keduanya. Selalu teliti pada bentuk badan dirinya.

~Hiroshi Nohara (野原ひろし Nohara Hiroshi)

Bapa dalam keluarga Nohara. Bekerja dalam bidang percukaian. Pertama kali bertemu isterinya,Misae pada umur 29 tahun. Seorang bapa yang penyayang pada keluarganya. Walaupun penat seharian bekerja, dia selalu membantu isterinya ketika berada di rumah

~Himawari Nohara (野原ひまわり Nohara Himawari)

Anak perempuan dalam keluarga Nohara. Bayi yang memiliki sikap seorang wanita dewasa. Minat pada perhiasan yang berkilau seperti berlian. Tertarik pada lelaki yang kacak.

Animasi shin chan ini diselitkan elemen-elemen lucu seperti pada penggunaan bahasa perbualan. Contohnya watak shin chan apabila sudah sampai ke rumah,sepatutnya "saya dah pulang" , tetapi dia gunakan "saya nak keluar".

Selepas tersebar meluas animasi shin chan,ia mula di alih bahasa di beberapa Negara. Bermula di California pada tahun 1994,dialihkan bahasa jepun kepada bahasa inggeris dan seterusnya terus berkembang sehingga terdapat banyak animasi shin chan dari pelbagai-bagai bahasa. Di Malaysia, di katakan komik shin chan di tukar tajuk kepada Dik Cerdas dan ia cuba dimelayukan sepenuhnya.

Ulasan saya, animasi shin chan ini ada pro dan kontranya. Boleh di tonton oleh setiap lapisan umur. Animasi ini manpu membuatkan anda tersenyum. Semoga aktikel ini dapat memenuhi permintaan Kak Salwa.


Sumber : Shin Chan

Anonymous said...

Kak Salwa..
Huhuhuuu..
pape pun..thanks ye tunaikan request wawa..

jelikweyh said...

aiseh ... dh lm x bc & tgk shin chan ... rindu nk tgk der jd lurus ... ak lurus & jujur sbb m'contohi der kot ... huhuhu :)